Sabtu, 17 April 2010

Hati-hati taktik penipuan????

Golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan pertanian dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik dan penipuan beberapa syarikat menerusi penganjuran kursus dan seminar.Pengarah Akademi Usahawantani(http://www.usahawantani.com) , En Ahmad berkata, terdapat syarikat berkenaan pada mulanya menganjurkan kursus atau seminar dengan mengenakan bayaran tertentu.Beliau menambah ada kalanya bayaran yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi sedangkan bidang kursus yang disediakan boleh diperolehi dengan mudah menerusi agensi-agensi kerajaan atau kursus-kursus pada kos yang berpatutan yang dianjurkan oleh Akademi Usahawantani .Menurutnya, selepas mengikuti kursus atau seminar itu, peserta diberikan pinjaman mudah dengan jumlah tertentu tetapi terikat dengan beberapa syarat termasuk peserta perlu mendapatkan bahan-bahan untuk memulakan perusahaan menerusi syarikat tersebut."Satu lagi syarat yang membebankan ialah peserta juga terpaksa menjual hasil perusahaan mereka kepada syarikat berkenaan walaupun kadang kalanya dari segi kos tidak menguntungkan peserta," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Peluang Usaha Tani di Serdang semalam

Ahad, 11 April 2010

Cerite teladan .. Pekakan telinga bila orang kata kita tak boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam. Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:
"Oh, Ianya terlalu sukar!" "Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!" "Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"
Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.
Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:
Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

Pertnian adalah perniagaan

Pertanian adalah perniagaan ???
tajuk pe tuh..saje saya usik tajuk nih..saya amik nih dari emel group yg saya subscribe..berkenaan nasib penternak kambing kat malaysia..tentang bagaimana cara mereka struggle nak idup dengan keadaan sekarang nih..rata rata mereka ni bermula sebagai menyahut seruan kerajaan..nak tolong negara sendiri..nak mengurangkan pengimpotan kambing dari luar(frozen)...tetiap tahun bila tiba musim qurban, kambing mana yang paling laku di jual..?? kambing ostolia ex KLIA..kambing feral namanya...nak rolling cepat..kambing sendiri..ada terbiar kat kandang..persatuan penternak kambing malaysia?? mana eh...ada ke...senyap sunyi jek..rasa nya masa isi borang kat MAHA dilengkapkan dengan no telefon, alamat emel,alamat kandang kalau nak jengok..harga makanan sekarang..kita takde bahan mentah untuk proses..kita harus mengimpot dari luar barang mentah..itu kata orang atas la..tapi ada member sepenternak dia bagi sekam padi...sekam padi kan byk kat sini..takkan tak bleh proses..tak pun bagi je la pree..ko nak buat apa dgn sekam padi tuh??hmmm apakah pendapatan anda...bagi saya AGI IDUP AGI NGELABAN !!

Selasa, 6 April 2010

Panduan Penternakan Kambing 2
CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:i. Baka dan keturuananii. Bentuk badan atau konformasi:a. Teknik pengamatanb. Teknik perabaan3.1 Cara Pemilihan Baka dan KeturunanPemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggiii. Kenaikan berat badan yang cepatiii. Berat badan semasa 1 tahuniv. Keluaran susu yang banyakv. Jarak kelahiran yang rapat.3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan3.2.1 Cara-cara PengamatanWarna Jantan-Warna berbeza mengikut jenis bakaBetina-SamaKulit dan buluJantan-Lembut, pendek dan berkilat,tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkukBetina-Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusutSaizJantan-Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka)Betina-Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka)KepalaJantan-Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rataBetina-Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihanLeher dan bahuJantan-Tidak panjang; berdaging pejalBetina-Leher jinjang; bahu kecil dan sempitDada Jantan-Bidang dan gempal menunjukkan kekuatanBetina-SederhanaRangkaJantan-Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baikBetina-Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dadaBadan Jantan-Gempal, panjang besar dan lurusBetina-Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depanBahagian belakangJantan-Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuhBetina-Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuramKaki hadapanJantan-Lurus, tegap dan teguh; keduanya selariBetina-Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selariKaki belakangJantan-Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besarBetina-Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuhTapak kakiJantan-Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapanBetina-Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rataBuah zakar dan zakarJantan-Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuhBetina-Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rataTetek dan puting susuBetina-Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baikTabiatJantan-Cergas, garang serta gagahBetina-Cergas3.2.2 Cara PerabaanCara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.RINGKASAN 3Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA

1. Puting susu2. Tetek atau kelenjar susu3. Perut4. Siku (claw)5. Kuku (hoof)6. Lutut7. Dada8. Bahu9. Kekacang (tassel)10. Dagu11. Butang/asas tanduk12. Kelasa13. Lilitan di jantung14. Belakang15. Pinggul16. Punggung17. Tulang punggung18. Siku

Sabtu, 3 April 2010

program intensif 6 bulan - jantan

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai penyelidikan dan pengalaman kami untuk perkongsian dan perbincangan penternak kambing sembelihan yang lain. Program penternakan intensif yang kami namakan - projek 6 bulan jantan - adalah untuk pengeluaran baka-baka jantan untuk tujuan sembelihan dalam masa 6 bulan atau kurang. Targetnya cukup mudah, keluarkan jantan seberat 30 kg ke atas, paling lama 6 bulan. Program ini memudahkan kita 'keep track' dengan waktu dan tempahan yang ada, dan memastikan pengeluaran kita sentiasa mengikut spesikasi yang dikehendaki, dengan pengiraan kos pengeluaran yang dijangka. Kerana, kehendak market semeblihan dalah berdasarkan faktor berat. Lebih cepat berat dicapai, lebih cepat dapat dijual.Namun begitu, maklumat ini adalah apa yang berlaku dikandang kami.. Lain kandang, mungkin lain hasilnya.. malah mungkin dengan cara yang sama, boleh membuahkan hasil yang lebih baik daripada kami.Kami pecahkan penghasilan ternakan yang baik kepada beberapa faktor.Pertama : BakaPada telitian kami, baka Boer merupakan baka yang paling cepat menghasilkan berat. Berbanding baka lain, seperti AngloNubian atau Jamnapari, Boer lebih cepat 'gain weight'. Walaupun, badan baka Boer tidak tinggi dan panjang, tetapi kepadatan daging dibadan cukup untuk menjadikan beratnya cepat mencapai target. Kacukan Boer (Boer-Cross) juga mempunyai prestasi yang baik, di mana anak kambing akan mempunyai kriteria padat daging dan tinggi/panjang badan. Namun, pada kami, lebih banyak darah Boer pada baka tersebut, adalah lebih cepat. Lahir-lahir saja, anak Boer sudah boleh lawan 'bodybuilding'....Namun begitu, baka Boer di kandang kami tidak menghasilkan kembar yang banyak. Paling tinggi kembar 2. Average Boer dalam 1.5 ekor. Berbanding AngloNubian, biasa dapat kembar 3 - terutama kalau ibu dah 2-3 kali beranak. Average Anglo saya 2.2 ekor.Jadi, baka Boer cepat gain weight.. tapi bilangan kekembaran agak sedikit berbanding Anglo. Kami sedang mengkaji baka Boer-cross-Anglo.. sekiranya boleh mendapat hasil yang lebih dari segi kekembaran dan weight gain.Kedua : Penjagaan ketika kelahiranKelahiran kembar merupakan kegembiraan kepada penternak. Paling banyak yang pernah kami terima kelahiran kembar 4. Namun begitu, anak kambing kembar terpaksa share sumber makanan dan susu awal dengan kembarnya. Adalah penting untuk memastikan anak kambing mendapat cukup susu ibu ketika lahir. Kebanyakkan anak kambing kami yang lambat membesar, adalah yang mempunyai masalah ketika penyusuan ibu.. antaranya kena sakit sebaik selepas lahir, ibu kurang susu, ibu mati, ibu tidak sayang anak, etc...Paling cantik kalau kembar dua, jadi cukup untuk anak-anak kambing ini menyusu. Faktor ibu juga penting dalam memastikan anak kambing cepat besar. Ibu kambing yang mempunyai susu yang banyak akan menyebabkan anaknya cepat membesar dan gain weight. Sebab itu, kesihatan ibu kambing selepas melahirkan sangat penting. Pasti ibu mendapat rawatan secukupnya, dan makanan perlu lebih soya (untuk susu). Kalau nak kasi dedak mahal sikit pun tak apa..Apa yang penting, walaupun ketika lahir (terutama kelahiran kembar), anak kambing mepunyai saiz yang kecil, tetapi jika mendapat penyusuan yang cukup dan sempurna, anak kambing tersebut akan cepat gain weight.Ketiga : Ajar anak kambing cepat pisah dari ibuApabila telah melepasi stage kritikal lepas beranak dan penyusuan awal, kita mesti cepat mengajar anak kambing mula melupakan susu ibu dan boleh berpisah darinya. Kerana, ia perlu diprogramkan untuk program pembesaran intensif dengan pemakanan yang lain. Proses biasa adalah selama 2 bulan. Untuk lebih cepat pisah, kita boleh buat dengan berperingkat bermula dari usia 6-7 minggu. Sebelum itu, kita perlu perkenalkan makanan lain kepada anak-anak kambing selepas 2 minggu, supaya mereka mula memakan makanan selain susu ibu. Sekiranya dah boleh makan dedak dan rumput, maka sudah sesuai untuk dipisahkan. Kita sudah boleh mengasingkan anak kambing tadi di lain kandang, dan disediakan makanan rumput dan dedak. Ia hanya boleh dilepaskan untuk bersama dan menyusu ibunya hanya 2 kali sehari (pagi dan petang), dan seminggu kemudian sekali sehari, dan kemudian terus pisah.Tapi, perlu diingat, tak semua anak kambing yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat. Jadi penelitian terhadap perkembangan selepas dipisahkan adalah penting. Kalau yang jenis tak lalu makan lepas dipisah, perlu dikembalikan kepada ibunya dan cuba lagi setelah beberapa ketika.Pemisahan yang lebih cepat akan menyebabkan lebih cepat anak kambing tadi makan makanan selain susu, dan diprogramkan untuk penggemukan intensif. Ibu juga boleh dikahwinkan semula dengan lebih cepat.Ada satu lagi cara, iaitu meletakkan Pejantan dalam kandang bersama ibu dan anak kambing setelah mulai masuk 2 bulan lepas bersalin. Apabila ibu kambing mula bunting, maka secara semulajadi ia akan memisahkan diri daripada anaknya.Keempat : KesihatanKesihatan merupakan satu lagi faktor yang memainkan peranan penting terhadap tumbesaran anak kambing. Pastikan anak kambing menerima penjagaan yang baik, dan bebas daripada penyakit. Penyakit paling kerap dikandang kami adalah berak cair, puru, selsema dan kutu. Setiap penyakit yang menjangkiti anak kambing perlu dirawat segera supaya ia tidak menganggu proses pembesarannya.Sebab itu, bahan mineral dan vitamin perlu sentiasa ada. Kami setakat ini menggunakan jenis berbentuk jilatan dan injection. Sedang mencuba-cuba produk yang terbaik. Pada pengalaman kami, anak kambing yang menghidapi penyakit selepas beberapa hari dilahirkan, mempunyai kadar kematian yang tinggi. Jika kena sakit selepas 2-3 minggu dilahirkan, ia mungkin boleh survive, tetapi pembesaran akan terganggu.Selalu anak kambing yang tidak mempunyai masalah kesihatan, akan mempunyai susunan bulu yang bersih dan nipis. Anak kambing bermasalah, akan mempunyai bulu yang agak tebal dan tidak terurus..Kelima : MakananUntuk meningkatkan berat tentunya faktor makanan, merupakan perkara terpenting perlu diberi perhatian. Pada pengalaman kami, untuk peningkatan berat yang cepat makanan perlu ada setiap masa. Ertinya, kitaran menu makan perlu kerap dan sentiasa memenuhi keperluan selera kambing. Makanan tidak semestinya dedak yang berprotein tinggi dengan harga yang mahal. Walaupun dedak berprotein tinggi ini diperlukan, tetapi cukup sekadar pelengkap. Yang lebih utama, bagaimana nak pastikan kambing memakan makanan lain seperti rumput potong, batang jagung, hampas soya, hampas sagu, dll yang lebih murah.Adalah penting untuk memastikan kambing sentiasa berselera, dan makan dengan banyaknya dan kekerapan yang selalu. Sekiranya kita berjaya menanam minat memakan pada kambing ini, sudah tentu berat cepat akan meningkat.Menu kami - Pagi, makan dedak sekitar 300g seekor. Selepas itu, berikan napier potong atau silaj. Kemudian petang, ketika lepaskan kambing ibu ke padang ragut, kambing jantan (yg tak lepas) kami hidang dengan napier potong atau silaj. Lewat petang, kasi lagi sedikit dedak dalam 200g beserta silaj dan napier potong.Kami hanya gunakan dedak protein tinggi (mostly Sunsun).. Bekalan hampas soya, batang jagung dan sagu, yang mana dapat, akan diberikan petang.

Jumaat, 2 April 2010

Anak Kambing untuk dijual

Power ruminants farm mempunyai stok jualan:a)

3 ekor anak kambing boer cross berumur kira-kira 3-6 bulan berat dalam 15-25kg.b)

3 ekor anak jamnapari umur dalam 3-6 t berat dalam 15-20kg.c)

Sila hubungi Mr.mard di 0176239375 untuk maklumat lanjut

kursus ternakan kambing secara komesion

Al-barakah Global Food Industry Sdn Bhd telah menjalankan Kursus Latihan untuk penternak baru dan juga untuk penternak-penternak lama menambah pengetahuan dalam bidang penternakan kambing ini. Dengan kerja sama Bank Pertanian ini, Al-Barakah Global Food Industry telah menghasilkan penternak-penternak yang berpengetahuan dalam bidang penternakan yang ingin diceburi.
Kursus yang dijalankan pada hujung minggu ini bermula daripada hari Jumaat hingga Ahad mendedahkan peserta kepada beberapa aspek penting dalam menceburi penternakan kambing ini.
Al-Barakah Global Food Industry juga merancang untuk mengadakan Kursus lanjutan bertujuan untuk memberikan latihan penuh di kandang, mendedahkan cara-cara penjagaan pemakanan, kesihatan dan tips-tips penting dalam penternakan ini.
Kandungan Kursus Pengurusan Penternakan Kambing.
1.Pengenalan Industri Ternakan Kambing 2.Baka2 Kambing & Baka Jamnapari 3.Sistem Pengurusan Penternakan 4.Perumahan/Kandang 5.Pengurusan Kambing 6.Pemakanan 7.Kawalan Penyakit 8.Dasar-Dasar Jabatan Perkhidmatan Haiwan 9.Pengurusan kewangan
Kandungan Kursus Lanjutan Pengurusan Penternakan Kambing.
1.Pengurusan Kambing Bunting 2.Pengurusan kambing baka penjantan 3.Pengurusan Anak Kambing 4.Pengurusan Pembiakbakaan dan GAHP 5.Penyiasatan penyakit dan kepentingannya 6.Latihan dan amal bedah siasat teknik pengunaan ubatan
Bayaran Krusus : RM650.00 seorangTempoh : 2 HariPenginapan : DisediakanMakan dan Minum : Disediakan

No. 27, Jalan Wangsa Delima 10,D'Wangsa, Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur.Tel : 03-4149 6664 / 4149 6671 / 4149 6672 / 4149 5668Fax : 03-4149 8670
Our Farm Address :Lot 1491 Batu 14 1/2, Kampung Kondok,Nilai, Negeri Sembilan.
tel : +603-7118 2664 Fax : +603-7118 2670
sales@albarakah.com.my
Contact Person : Haji Fariz Nazrul B. Haji Che Noh - +6012-3039274 Haji Idris B. Haji Haron - +6019-6632353Mustafa B. Mat Nasir - +6012-9266326
Sektor ternakan masih lagi menjadi agenda utama Jabatan dan Kementerian dalam menentukan pengeluaran makanan berasaskan daging. Kadar penggunaan dan permintaan oleh pengguna terhadap protein daging sentiasa meningkat setiap tahun berbanding penawaran / pengeluaran yang masih tidak menentu, walau pun terdapat tanda-tanda peningkatan pengeluaran. Pengeluaran masih tidak mencukupi untuk keperluan sara diri oleh kerana kadar permintaan yang tinggi dari pengguna.Bagi menyahut program Rancangan Malaysia Ke 9 maka pendekatan menarik lebih banyak sektor perladangan swasta dan syarikat swasta serta pengusaha sedia ada menceburi projek kambing dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber sedia ada harus ditekankan dan di beri perhatian yang mendalam.Sebagai tonggak dan penggerak kepada kemajuan perlaksanaan projek segala maklumat pengurusan yang berkaitan dengan projek yang dikenalpasti sewajarnya sampai kepada akarumbi peringkat perlaksana iaitu pengusaha-pengusaha sedia.