Isnin, 29 Mac 2010

Qurban

Definisi Qurban Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Dalil tentang ibadah QurbanFirman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)Hukum Ibadah Qurban Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: Islam Merdeka (Bukan hamba) Baligh lagi berakal Mampu untuk berqurban Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat." Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah). Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan). Persoalan tentang Ibadah Qurban.Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa seizin orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja كلوا وأطعموا وادخروا “Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.Bolehkan daging Qurban dijual?Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)Siapakah yang layak menerima daging korban?Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain. Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

Kenapa pertanian Thailand berjaya?

Kenapa pertanian Thailand berjaya?Oleh LAUPA JUNUSKegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai.RAKYAT Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand.Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar.Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing.Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama.Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport.Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport?Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah.Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian.Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru.''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka'' ujarnya.Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah satu industri.Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam.''Di Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok.Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat.Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah.Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu.Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik.Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit.Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja.Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya.Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti,Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan.''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya.Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan.Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti.Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh.Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya.Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya.Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurangKatanya, kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja.Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan."Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut," katanya.Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap.Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan.Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid.Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa hujan.Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman.Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah tersebut.Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik.Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja

Ahad, 28 Mac 2010

PETUA BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang telah hampir 7 tahun menceburi bidang perniagaan... Alhamdulillah dengan izinnya dengan hasil dari 3 perniagaan utama yang saya jalankan dalam bidang pembinaan, penternakan dan juga pengangkutan saya telah pun mendirikan rumah tangga dan mampu untuk memberi kehidupan yang selesa untuk keluarga saya yang tercinta....bagi saya hanya bidang perniagaan yang mampu memuaskan hati saya didalam apa yang saya lakukan didalam hidup ini. Bidang ini banyak menguji saya dan tak kurang juga banyak memberikan cerita gembira yang boleh saya kongsikan dengan anak saya dihari tua nanti....