Sabtu, 17 April 2010

Hati-hati taktik penipuan????

Golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan pertanian dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik dan penipuan beberapa syarikat menerusi penganjuran kursus dan seminar.Pengarah Akademi Usahawantani(http://www.usahawantani.com) , En Ahmad berkata, terdapat syarikat berkenaan pada mulanya menganjurkan kursus atau seminar dengan mengenakan bayaran tertentu.Beliau menambah ada kalanya bayaran yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi sedangkan bidang kursus yang disediakan boleh diperolehi dengan mudah menerusi agensi-agensi kerajaan atau kursus-kursus pada kos yang berpatutan yang dianjurkan oleh Akademi Usahawantani .Menurutnya, selepas mengikuti kursus atau seminar itu, peserta diberikan pinjaman mudah dengan jumlah tertentu tetapi terikat dengan beberapa syarat termasuk peserta perlu mendapatkan bahan-bahan untuk memulakan perusahaan menerusi syarikat tersebut."Satu lagi syarat yang membebankan ialah peserta juga terpaksa menjual hasil perusahaan mereka kepada syarikat berkenaan walaupun kadang kalanya dari segi kos tidak menguntungkan peserta," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Peluang Usaha Tani di Serdang semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan