Jumaat, 2 April 2010

Sektor ternakan masih lagi menjadi agenda utama Jabatan dan Kementerian dalam menentukan pengeluaran makanan berasaskan daging. Kadar penggunaan dan permintaan oleh pengguna terhadap protein daging sentiasa meningkat setiap tahun berbanding penawaran / pengeluaran yang masih tidak menentu, walau pun terdapat tanda-tanda peningkatan pengeluaran. Pengeluaran masih tidak mencukupi untuk keperluan sara diri oleh kerana kadar permintaan yang tinggi dari pengguna.Bagi menyahut program Rancangan Malaysia Ke 9 maka pendekatan menarik lebih banyak sektor perladangan swasta dan syarikat swasta serta pengusaha sedia ada menceburi projek kambing dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber sedia ada harus ditekankan dan di beri perhatian yang mendalam.Sebagai tonggak dan penggerak kepada kemajuan perlaksanaan projek segala maklumat pengurusan yang berkaitan dengan projek yang dikenalpasti sewajarnya sampai kepada akarumbi peringkat perlaksana iaitu pengusaha-pengusaha sedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan