Selasa, 6 April 2010

Panduan Penternakan Kambing 2
CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:i. Baka dan keturuananii. Bentuk badan atau konformasi:a. Teknik pengamatanb. Teknik perabaan3.1 Cara Pemilihan Baka dan KeturunanPemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggiii. Kenaikan berat badan yang cepatiii. Berat badan semasa 1 tahuniv. Keluaran susu yang banyakv. Jarak kelahiran yang rapat.3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan3.2.1 Cara-cara PengamatanWarna Jantan-Warna berbeza mengikut jenis bakaBetina-SamaKulit dan buluJantan-Lembut, pendek dan berkilat,tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkukBetina-Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusutSaizJantan-Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka)Betina-Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka)KepalaJantan-Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rataBetina-Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihanLeher dan bahuJantan-Tidak panjang; berdaging pejalBetina-Leher jinjang; bahu kecil dan sempitDada Jantan-Bidang dan gempal menunjukkan kekuatanBetina-SederhanaRangkaJantan-Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baikBetina-Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dadaBadan Jantan-Gempal, panjang besar dan lurusBetina-Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depanBahagian belakangJantan-Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuhBetina-Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuramKaki hadapanJantan-Lurus, tegap dan teguh; keduanya selariBetina-Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selariKaki belakangJantan-Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besarBetina-Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuhTapak kakiJantan-Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapanBetina-Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rataBuah zakar dan zakarJantan-Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuhBetina-Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rataTetek dan puting susuBetina-Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baikTabiatJantan-Cergas, garang serta gagahBetina-Cergas3.2.2 Cara PerabaanCara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.RINGKASAN 3Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA

1. Puting susu2. Tetek atau kelenjar susu3. Perut4. Siku (claw)5. Kuku (hoof)6. Lutut7. Dada8. Bahu9. Kekacang (tassel)10. Dagu11. Butang/asas tanduk12. Kelasa13. Lilitan di jantung14. Belakang15. Pinggul16. Punggung17. Tulang punggung18. Siku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan